my honourable visitorzz

Wednesday, 7 September 2011

Taubat VS Maksiat

"Assalamualaikum. Jika dibenarkan saya mahu bertanya tentang dosa ber'couple'. Kawan saya ramai yang terjebak dengan budaya ini. Apakah memeluk dan melakukan 'ringan- ringan' tetapi tidak pernah meninggalkan solat itu salah?
Dia bertaubat tetapi tetap melakukan maksiat?
Saya keliru."

"Saya diajukan soalan di atas. Alhamdulillah, penyoal seorang yang mengambil berat kepada rakannya. Dia berfikir, mengapa bertaubat tetapi tetap melakukan maksiat?
Saya terpanggil untuk menjawab permasalahan ini. Berhenti daripada perbuatan dosa bukan semudah mencuci debu di jendela. Lebih-lebih lagi dosa yang sudah sebati dalam kehidupan kita. Dosa yang apabila dibuat, langsung tidak rasa gentar kepada Allah S.W.T. Dosa yang direlakan atas bisikan Syaitan yang mengatakan tidak mengapa, Allah Maha Pengampun.
Itu dosa yang sebati dengan kehidupan. Belum lagi dosa yang kita tidak sedar, dosa yang tidak ternampak dari pandangan mata. Alangkah banyaknya dosa kita. Astaghfirullah."

Hidup = Gelas Kosong
Cuba anda perhatikan gelas. Gelas yang kosong. Bayangkan itu waktu hidup seharian kita. Kita mempunyai 24 jam. Dalam tempoh 24 jam, hal kebaikan dan hal keburukan akan berperang untuk mengisi gelas yang kosong tadi.
Jika air jernih kebaikan yang terisi dalam gelas tersebut, alangkah cantiknya. Jika sebaliknya, air hitam pekat busuk yang mengisi gelas tersebut, alangkah jijiknya.
Justeru, kita perlu isi kehidupan kita sebanyak-banyaknya dengan kebaikan. Sentiasa melakukan amal soleh. Isi kehidupan dengan membuat kebaikan sebanyak-banyaknya.
Apabila menyebarkan kebaikan, kita akan rasa lega. Kita akan rasa tenang.
Kita juga rasa bahagia kerana membahagiakan orang. Pernahkah anda merasakan sedemikian? Jika belum, cuba anda memberikan pertolongan kepada orang lain, anda akan rasa gembira dan puas. Insya-Allah.
Bertaubat dan berdoa hanya salah satu dari banyak usaha.
Ada orang menyangka, untuk berhenti daripada melakukan dosa, hanya sekadar berdoa dan solat taubat.

Tidak! Sekali-kali tidak!
Usah menoktahkan usaha setakat berdoa dan solat taubat. Anda perlu melakukan lebih daripada itu.
Kerana apa?
Kerana Syaitan tidak pernah sesaat pun berhenti daripada menyesatkan manusia. Dan ketahuilah, Syaitan itu musuh kamu yang nyata!
Meskipun Syaitan mengalir dalam pembuluh darah manusia, ingatlah, Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita. Allah sentiasa ada. Dia ada untuk melindungi hamba-hamba-Nya daripada godaan syaitan.
Hamba manakah yang akan bebas daripada godaan Syaitan?
Hanyalah hamba-hamba Allah yang ikhlas.
Maka, sama-sama melatih diri untuk ikhlas dalam melakukan sesuatu. Semua yang kita lakukan harus bermatlamatkan Allah.
Redha-Nya. Rahmat-Nya.
Akhirnya, selain doa dan solat taubat, isilah dan sibukkanlah kehidupan anda dengan sebanyak-banyaknya amalan kebaikan. Jauhkan diri anda daripada pintu-pintu dan amalan-amalan kejahatan.
Contoh amalan kebaikan ialah solat berjemaah, menghadiri ceramah, kuliah, solat-solat sunat rawatib, bacaan al-Quran, zikir kepada Allah, usrah, bangun qiamullail, bacaan al-Mathurat dan sentiasa mendampingi orang-orang soleh dan alim.

-iluvislam-

No comments:

Post a Comment

Thanks a lot!!^.^

thank u 4 visit!don't forget 2 follow casiopelastory.blogspot