Heart Scrolling Text

my honourable visitorzz

Monday 5 September 2011

Info Jenayah Ragut Di Malaysia

DI MANAKAH PERAGUT BERTINDAK ?
Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.


                              





FAKTOR MENYEBABKAN RAGUT BOLEH BERLAKU ?
  • Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
  • Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
  • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat yang sibuk dan sesak.
  • Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.
  • Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.








CARA ELAK DARI DIRAGUT
  • Sentiasa membawa wang secara minima.
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
  • Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
  • Ketika berjalan di jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
  • Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
  • Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada tangan.

-hah!dah tahu camne nak elak kan....so beware k!-
Jenayah dan kes ragut di Malaysia terutamanya di ibu negara semakin membimbangkan. Ada kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kes ragut, ada yang cedera parah semasa kes ragut, ada juga yang calar dimuka kerana ditoreh dengan pisau cukur ketika melawan peragut dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya peragut tidak mengenal mangsa. Kejam!!!!
Kalau dinamakan peragut, wanita tidak perlu membawa beg tangan pun boleh diragut. Sebab? Sebab itu memang kerja dan mata pencarian mereka sehari-hari. Walaumacammana sukar sekalipun, mereka pastinya akan berikhtiar untuk meragut mangsa, tidak kira lelaki atau pun perempaun. Yang pastinya golongan wanita yang ramai menjadi mangsa dalam kes ragut di Malaysia
Walaupun kaum lelaki ada juga menjadi mangsa ragut tetapi jumlahnya adalah sedikit jika dibandingkan dengan kejadian ragut dikalangan wanita. Sebelum ini, kita digemparkan kejadian di mana peragut bertindak meragut seorang wanita sedang hamil, akibatnya wanita itu terjatuh dari motorsikalnya dan akhirnya maut disitu.

No comments:

Post a Comment

free counters

Thanks a lot!!^.^

thank u 4 visit!don't forget 2 follow casiopelastory.blogspot



Free Widgets