Heart Scrolling Text

my honourable visitorzz

Wednesday 30 November 2011

Mee Rojak

Bahan-bahannya1 bungkus mee kuning ( dalam 300gram)
1/2 biji timun
Tauhu goreng
1 biji kentang ( potong berbaji ( bentuk wedges)
1 keping pehan ayam boneless
2 biji telur

untuk kuah rojak3/4 cawan kacang tanah ( dikisar kasar)
Bahan Kisar ( 5 tankgai cili kering 1\4 biji bawang besar+1 ulas bawang putih+1 sudu kecil udang kering)
5 keping biskut ritz (blender halus)- boleh diganti dengan biskur cream crackers
1/2 sudu besar gula
garam
sedikit minyak untuk menumis

untuk kueh rojak2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder ( kalau nak ganti dengan yis pun bole)
sedikit kunyit serbuk
garam

1. Mula-mula buat kuah rojak, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan kacang tanah dan biskut ritz tadi, fungsi masukkan biskut untuk memekatkan kuah nanti. masukkan juga 1 cawan air, sesuaikan rasa ( masukkan garam dan sedikit gula)  dan biarkan kuah agak pekat. ok siap.

2. Buat kuih rojak, satukan semua bahan dan goreng dengan minyak panas, kemudian goreng ayam bersama sedikit tepung, selepas itu goreng pula kentang, rebus telur, akhir sekali hiris timun, tauhu dan celur mee kuning.

3. Cara Penyedian, susunkan tahu, kentang, kueh rojak tepung , ayam goreng, timun, telur rebus dan mee kuning di dalam pinggan, dan curahkan kuah rojak tadi, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Nota: Kalau tak mahu tambah ayam goreng pun takpe, ikutlah selera masing-masing ya, kalau guna yis untuk kueh rojak tu, perap seketika dalam 1 atau 2 jam baru digoreng, ros guna baking powder sebab nak cepat. : ), kueh rojak tetap lembut dan rangup. Amat sesuai untuk dijadikan menu minum petang.

No comments:

Post a Comment

free counters

Thanks a lot!!^.^

thank u 4 visit!don't forget 2 follow casiopelastory.blogspot



Free Widgets